Tempat Menarik di Medan, Indonesia | Selepas 7 tahun, aku kembali semula ke Medan, Indonesia. Cuma kali ni aku pergi dengan Puan Isteri. Nak kata hadiah birthday tak jugak, anniversary pun lambat lagi. Tapi memang kami tahun ni aim nak pergi berjalan la sebab tahun depan kemungkinan besar memang tak ke mana dah. Misi siapkan rumah.
So, kami berlepas dari KL dalam jam 10.45 pagi dan sampai dalam 9.30 pagi waktu Indonesia. Sampai je, memang guide terus bawa pergi makan dan terus je ke Parapat. Perjalanan plus minus lebih kurang lima jam dari Medan. Nasihat aku, mana yang tak tahan tu, tidur je la. Atau beli pil mabuk siap-siap sebab jalan memang bengkang bengkok.
Tapi one thing yang aku suka di Parapat dan Lake Toba, view kat situ memang 360 menarik dan cantik gila. Macam lukisan. Sampai di Parapat memang kami terus check in ja. Malam keluar makan kat sekitar Parapat ja.
Esoknya tu, kami ke Samosir Island dengan feri dan terus ke Berastagi. Dekat Samosir Island tu, memang tak ke mana. Cuma tengok perkampungan masyarakat Batak ja. By the way, masa atas feri tu, please nikmati pemandangan yang subhaNallah, cantik gila. Macam lukisan.
Sebelum ke Berastagi, kami singgah di Gunung Holbung dan Air Terjun Efrata. Masa dekat Gunung Holbung tu, kena hiking sikit la dan view memang cantik gila. To be honest, memang view dekat Parapat ni memang cantik-cantik.
Kami singgah lunch di Maulana Cafe dan mengopi sekejap. Sebelum check in hotel, aku mintak guide dropkan kami di Pasar Buah Berastagi dan shopping buah kejap. Salak,limau dan avocado. Murah dan manis ya. Tapi kalau korang nak bawak balik, aku suggest beli di Medan je kalau tak nak beratkan beg. Tapi jangan beli banyak ya. Setakat sekilo dua tu okay lagi. Limau tak dibenarkan tau untuk bawa masuk Malaysia.
Di Berastagi memang tak round ke mana pun. Malam pun kami makan street food ja. Then balik bilik and rest.
Esoknya kami terus gerak kembali ke Medan. Masih misi mencari street food dan shopping. Semuanya cari barang kiriman orang dan Puan Isteri memang aim nak masuk mall macam tesco sebab nak beli rempah-rempah tu. Penangan tengok youtuber Indonesia kan.
Kami shopping barang Wardah yang memang beza banyak jugak la compare yang ada dekat Malaysia dan ada yang tak masuk Malaysia lagi. Lepas tu shopping macam kicap-kicap ABC, sambal ABC dan lain-lain lagi. Kebetulan bawah hotel tu ada supermarket, memang jadi tumpuan kitorang la kan.
Itu je la tempat yang kami pergi. Nak shopping kain baju bukan kitorang la. Kalau bab makan, serahkan kat kami. Hehehe.. korang kalau nak bercuti ke Indonesia, boleh PM owner Sahabat Holidays ya..dorang ni agensi yang sah dan berdaftar. Pakej yang ditawarkan sangat-sangat terbaik.
0 Ulasan
Tinggalkan komen anda di sini...
Emoji