Selera Nusantara Di Dewan Bankuet MBSA | Lama rasanya tak cerita tentang buffer Ramadan ni. Busy memanjang kat office. Oh..sebelum tu, tak terlambat lagi nak ucap selamat berpuasa kepada korang semua.
Pejam celik, dah dekat seminggu dah kita puasa, mesti ramai dah cari tempat untuk berbuka puasa kan? Well, kalau korang nak cari tempat berbuka puasa dengan kawan-kawan, family atau dengan pasangan, aku nak suggestkan korang ke Dewan Bankuet MBSA sebab dorang oun ada tawarkan buffet berbuka puasa yang bertemakan Selera Nusantara.
Diketuai oleh Chef Bob dan Chef Shahril yang berpengalaman lebih 15 tahun di dalam dan luar negara telahbersama-sama menghasilkan kompilasi hidangan nusantarayang mempunyai lebih 100 sajian.
Antara sajian yang dihidangkan adalah termasuk KAMBING GOLEK DENGAN SOS LADA HITAM DAN SOS DAUN MINT dan AYAM DARA GOLEK DENGAN SOS ISTIMEWA, DIM SUM, KUEW TEOW PENANG STYLE, MEE GORENG MAMAK dan pelbagai lagi menu istimewadari kedua-dua chef berpengalaman ini.
Lauk pauk tradisonal Melayu seperti ayam masak lemak ciliapi bersama pucuk ubi, daging salai rebung sri menanti, daging masak kerutub, ketam masak kam heong, ayam goreng berlado cik ani, sotong sambal petai, daging, rendang minang, kari kambing mamak style, ayam masak merah kacang peas, ayam goreng berdaun kari dan udang mamak style.
Bagi sajian pemanis mulut, pihak Dewan Bankuet MBSA menyediakan beraneka kuih muih tradisional melayu, sago gula melaka, tapai pulut daun getah, beraneka puding, cream caramel, rojak buah, dan buah-buahan.
Jangan dilupa pembuka selera seperti jeruk pak ali, telurmasin, ikan pekasam, kerabu tauge pucuk paku, kerabujantung pisang, kerabu mangga, kerabu ikan bilis, pasemburutara, pasta salad, pecal, keropok ikan, papadom dan banyaklagi. Buat pengemar sambal belacan, cencalok dan budu turutdihidangkan.
Antara yang menarik di sini, Dewan Bankuet MBSA akanmembawakan showcase yang cukup istimewa daripada artis-artis jemputan, ada live band, OOTD Corner dan juga ‘kidszone’ untuk anak-anak bermain turut disediakan.
Buat pelanggan korporat yang ingin mengadakan majlis di Dewan Bankuet MBSA, perkhidmatan layanan VVIP dan hidangan secara Dome juga disediakan. Begitu juga dengantajaan berbuka puasa untuk anak-anak yatim bagi pelanggan individu atau korporat yang ingin membuat tajaan turutditawarkan.
Sementara itu bagi yang mahu menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri, Nusantara Catering & Event menawarkanperkhidmatan mereka dengan harga yang sangat berpatutan. Telah berpengalaman dalam pelbagai penganjuran majlis dan kenduri memberikan mereka satu sisi lain dalam setiap majlis yang dianjurkan.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidanganyang cukup enak di Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA yang dibawakan oleh Nusantara Catering & Event ini.
Semua tempahan boleh di buat dengan menghubungi 011-54040385 atau Emel: nusantaracatering.event@gmail.com
Tiktok: www.tiktok.com/nusantaracatering.event
FB: www.facebook.com/Nusantaracatering.event
IG: www.instagram.com/nusantaracatering.event.
Makanan kat sini bagi aku dah cukup berbaloi. Sedap dan menyelerakan. Parking senang, ada live band, tempat OOTD ada. Yang ada anak kecik jangan risau, ada kids section ya.
So apa lagi, boleh je contact dorang. Insya Allah puas hati.
1 Ulasan
banyak nya menu diaa
BalasPadamTinggalkan komen anda di sini...
Emoji