Genap Dua Tahun

 

Genap Dua Tahun | sekejap je masa berlalu. Pejam celik pejam celik, dah genap dua tahun aku dekat Co-opbank Pertama. Alhamdulillah, aku dah makin selesa kerja kat CBP ni. Walaupun awal dua tiga bulan tu, aku rasa aku dah silap masuk industri, tapi slowly, aku dah makin seronok dengan kerja aku sekarang.

Stress sebab banyak kerja tu, biasa la. Sesekali terasa tu normal la kan. One thing yang aku suka, dapat kawan-kawan dan bos yang suka membantu dan support. Itu yang penting. Company sebelum ni pun sama. Alhamdulillah, sejak habis belajar, aku dapat syarikat dan kawan-kawan yang baik. Yang memang aku anggap macam family dah. 

Banyak benda yang aku belajar sepanjang dua tahun ni. Banyak jugak yang benda aku tak pernah buat sebelum ni, aku berjaya jugak buat. Aku dapat good exposure dari kawan-kawan dan jugak bos. Alhamdulillah.

Kalau tanya aku nak kerja kat CBP sampai bila? Wallahua’lam. Aku sendiri tak tetapkan nak kerja kat sini sampai bila. Kalau company sebelum ni, masuk tahun kedua aku dah sambil-sambil cari kerja lain dah, but for now, aku nampak macam aku lama dekat CBP ni. Mungkin sebab ada yang aku tak pernah merasa sebelum ni, aku dapat. So, thats might be a reason for me to stay longer in CBP.

Catat Ulasan

0 Ulasan