Review Filem Air Force The Movie : Selagi Bernyawa



Review Filem Airforce The Movie : Selagi Bernyawa | Memang lama gila tak tengok wayang sejak pandemik ni. Aku sendiri tak ingat bila last aku tengok wayang. Mungkin Paskal. Entah la. 

Tapi entah kenapa aku rasa seminggu ni rasa macam nak tengok wayang. Rindu suasana wayang tu. Terus aku cakap kat Puan Isteri nak tengok Air Force The Movie sehari sebelum aku outstation. Saja la beli jiwa sama kan.

Sejujurnya, aku ada jugak la baca review tentang filem ni. Ada yang cakap, siapa yang dah tengok filem Top Gun, do not put high expectation bila tengok movie ni. Tapi bagi aku, kalau pun dah tengok filem Top Gun tu, takda masalah pun kalau pergi tengok filem ni. Untuk Malaysia keluarkan filem-filem bergenre macam ni, kita patut berbangga. Boleh kira dengan jari berapa banyak filem bercorak patriotik macam ni dan dengan kualiti yang bagi aku, dah cukup hebat. Jangan bandingkan dengan filem luar sebab bajet dorang lagi tinggi, teknologi pun lagi hebat. Tapi dapat filem yang kualiti macam Paskal, Air Force ni, aku dah cukup puas dah. 

Bagi aku la, jalan cerita tak complicated. Ringkas dan mudah nak faham. Cumanya aku setuju jugak la, ada few parts yang agak kurang dan tak puas especially part jet berperang tu. Rasa sekejap sangat. Tapi kita pun faham. Mungkin kekangan bajet dan masa.

Ada few parts yang aku sendiri tak senang duduk. Especially bila part dorang nak selamatkan diri tu. Aku sendiri rasa nervous. Well, korang kena tengok la. Klimaks untuk cerita ni sebenarnya tak begitu memuaskan untuk aku, tapi masih boleh diterima. Sebab macam sekejap sangat. Tapi tu tak mencacatkan jalan cerita. Well, ini cuma pendapat aku yang bukan pakar pasal filem. Maaf kalau ada yang tak kena ya.

Kalau tanya aku, this is a great movie. You guys should watch it. Berbaloi.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)