Happy 4th Anniversary | Pejam celik pejam celik dah masuk tahun ke empat dah hidup berumahtangga. Kejap je masa berjalan. Masuk tahun keempat ni, bermacam kerenah dah hadap. Masing-masing dah mula faham pe-el masing-masing. Nak cerita tips berumah tangga, rasanya tak sesuai lagi. Setakat sikit-sikit tu boleh la.
Anniversary kali ni sebenarnya tak plan ke mana pun. Aku cuma order kek, surprise untuk Puan Isteri je. Itu pun jenuh jugak aku simpan sorang. Takut terlepas kan. Tapi alhamdulillah, kek sampai dengan selamat ke rumah.
Untuk tahun ni, kami ke Genting Highlands je satu malam. Itu pun last minit punya plan. Khamis anniversary, Isnin baru book hotel. Cadangnya nak ke PD atau lepak kat rumah je, tapi saja la ke Genting, senang nak beli hadiah kat GPO.
Alhamdulillah, 4 tahun bersama, kami bahagia dengan cara kami. Doakan semoga rumahtangga kami kekal hingga ke syurga. Insya Allah
0 Ulasan
Tinggalkan komen anda di sini...
Emoji