Tempat Menarik Di Gerik | Memandangkan sekarang aku ada dua kampung, of course la kena explore kan. Tapi selalunya tak sempat pun atas dua sebab. Malas nak meronda atau dah penuh aktiviti. Masa singkat sama. Kalau balik pun dah ada hal yang disusun awal.
Tapi baru ni masa raya haji haji, sempatlah jugak aku ke dua tempat yang viral dekat Gerik ni. Castella Cafe dan Denai Kabus. Dua tempat ni memang berdekatan dan memang pernah viral pun sebelum ni.
Castella Cafe
Kalau orang luar, memang ramai jugak ke Castella Cafe ni sebab nak merasa makan dalam sungai. Tapi kebetulan aku pergi, memang tutup. Iya la, sehari sebelum raya haji. Dan aku pergi pun bukan sebab untuk makan, tapi untuk ambil buah rambutan. Kebetulan pulak, adik owner cafe tu, kawan makcik sebelah Puan Isteri. Jadinya merasa lanjugak ke Castella Cafe. Next time mungkin boleh try pergi makan kot kat situ.
View not bad. Merasa la rendam kaki kat dalam sungai tu. Kalau time cafe tutup, aku dimaklumkan yang korang boleh je bawak anak-anak mandi kat sungai tu, tapi kalau cafe bukak, jangan la mandi ye. Kang basah habis korang.
Denai Kabus
Balik je dari Castella Cafe, kitorang ke Denai Kabus. Tempat ni viral sebab view dia. dan aku akui, view dia memang cantik gila. Kalau pagi, mesti lagi cantik. Tapi aku pergi tengah hari. Itu pun bagi aku dah cantik dah. Kat sini korang boleh pilih untuk menginap dalam chalet atau berkhemah. Tapi chalet tak banyak ye. Aktiviti macam banyak jugak, memancing,berkuda. Kalau nak rehat tenangkan fikiran, ni tempat terbaik.
Cuma nak masuk tu, off-road sikit. Tapi jangan risau, off road tu tak lah teruk sangat. Kalau bawak Saga tu pun okay lagi. Cumanya dari jalan besar nak masuk ke dalam tu, dalam 5km jugak. Lalu kebun getah dan kampung.
Tu je la nak share. Yang penting kalau ada orang tanya aku, dah sampai ke Castella Cafe dan Denai Kabus..aku boleh cakap dah sampai. Tu je..
0 Ulasan
Tinggalkan komen anda di sini...
Emoji