Kalau dah
settle zakat, Alhamdulillah. Semoga dengan bayaran zakat korang tu, perniagaan
dan harta korang bertambah berkat. Dan dengan zakat yang korang bayar tu, dapat
membantu golongan yang memerlukan. Tapi bagi yang belum, jangan sampai terlupa
ya.
Kalau
korang belum bayar dan buat taksiran zakat, bagi korang yang memang tunaikan
zakat di negeri Selangor, korang boleh je Lembaga Zakat Selangor (LZS). Sebabnya,
sekarang ni LZS sedang giat promosikan Jom Taksir Zakat dan Tebus Baucar
sempena Bulan Taksir Zakat.
Kalau
korang nak buat taksiran zakat korang, senang je, tak perlu guna laptop atau
computer pun boleh. Korang boleh download aplikasi zakat di Android atau Apple Store dan pengiraan boleh dibuat di
telefon bimbit je. Senang je kan?
Taksir
Zakat dan Tebus Baucar Anda!!!
Dah
download? Daftar je akaun dan korang boleh je gunakan fungsi ‘TAKSIR’ kat dalam
aplikasi ZakatSelangor tu. Korang boleh buat taksiran untuk setiap jenis zakat
harta dengan fungsi kalkulator yang ada. Bila dah selesai taksir, korang boleh
terus tebus baucer KFC RM5 tau.
Kalau
rezeki korang, Insya Allah korang berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah
menarik seperti motorsikal, tablet, Nintendo Switch OLED dan smart watch kalau korang bayar zakat selepas taksir tu. Menarik kan?
Macam mana
nak buat taksiran zakat ni? Kalau korang guna laptop, korang boleh je tekan di
taksiran zakat tu dan pilih korang nak taksiran zakat yang mana. Ada beberapa
jenis zakat yang korang boleh pilih mengikut zakat yang mana dan isi je.
Untuk
maklumat lanjut serta terma dan syarat tentang Bulan Taksir Zakat ni, korang
boleh ke sini : https://jom.zakatselangor.com.my/
Semak
Rekod Bayaran Zakat Di EZO
Selain tu,
korang juga boleh menyemak rekod pembayaran zakat, statement zakat terdahulu
dan sebagainya di E-Zakat Online atau EZO. Senang kan kalau tetiba LHDN call, korang
boleh refer sini je.
Agihan
Zakat oleh Lembaga Zakat Selangor
Korang kena ingat, menerusi bayaran zakat korang ni, ia dapat membantu golongan yang memerlukan. Golongan macam mana? Antaranya asnaf fakir, miskin, amil, muallaf, riqab, gharimin, fisabilillah dan ibnu sabil. Insya Allah dengan bayaran zakat ni,dapat membantu golongan yang memerlukan. Untuk makluman korang, dari Januari sehingga April 2022, LZS telah mengagihkan sebanyak lebih dari RM313 juta kepada penerima zakat di seluruh Selangor. Banyak kan?
Agihan ni diberikan kepada mereka yang memerlukan. Ini termasuklah dalam operasi Agihan Asnaf Daerah Hulu Langat di Kampung Orang Asli Kechau, Semenyih, bantuan ibu tunggal di Klang dan banyak lagi.Masa Raya
Haji baru ni pun, LZS dan MyQorban pun ada mengagihkan sebanyak 658 daging
kurban diagihkan kepada golongan asnaf fakir, miskin, mualaf dan orang asal
daerah Hulu Langat. Memang banyak aktiviti LZS yang dah dijalankan oleh LZS
sendiri. Semua ni korang boleh tengok di Facebook, Instagram dan website LZS.
Jadinya,
apa lagi. Aku harap, kita semua dapat menunaikan tanggungjawab dengan baik dan
ini adalah salah satu cara untuk kita menyucikan harta kita. Insya Allah.
Kalau
korang nak dapatkan maklumat lanjut tentang Lembaga Zakat Selangor, korang
boleh ke :
Info lanjut boleh layari
Website: https://www.zakatselangor.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/zakatselangor
Instagram : https://www.instagram.com/zakatselangor/
1 Ulasan
Senang ada apps zakat
BalasPadamTinggalkan komen anda di sini...
Emoji