Selamat Hari Raya AidilAdha



Selamat Hari Raya AidilAdha | Pejam celik pejam celik, eih kejap je dah raya haji. Rasa macam baru je lagi sambut raya puasa. Dan macam raya puasa baru ni, jalan pf course la jammed sikit kan. Tapi Alhamdilillah, aku tak merasa sangat la jem tu sebabnya balik Jumaat tengah hari dan ikut WCE. Jauh sikit, tapi lega sebab tak jem. 

Raya haji tahun ni, aku dan Puan Isteri dan kedua mertua aku balik ke Gerik. Sebabnya kami laki bini masuk korban kat sana. Gambar raya? Tak sempat ambik pun sebab lepas je sembahyang raya, terus ke tempat korban. Alhamdulillah, sempat la tolong serba sikit untuk agihan daging tu.

Sebenarnya ni first time jugak aku join korban, so ambik peluang ambil berkat dan involve dalam aktivit korban ni. Tahun depan, kalau ada rezeki lagi, masuk lagi.

Balik ke KL pulak, kami balik petang raya sebabnya mak mertua aku dialisis, tak dapat nak ponteng. So lega jugak sebabnya memang tak jammed langsung. Pukul 6 dari Gerik, pukul 10 dah sampai Shah Alam. Beraya pun tak ke mana. Pergi satu rumah je, itu pun member ofis aku. Eih, alih-alih sedara, tapi sebelah Puan Isteri la. 
Alhamdulillah, selesai raya aidiladha. 

Catat Ulasan

0 Ulasan