Jauh Perjalanan Luas Pemandangan


Jauh Perjalanan Luas Pemandangan | Fuhh, sebenarnya agak non stop jugak aku dalam tempoh sebulan ni kerja hujung minggu memang sentiasa ada. Tapi nak buat macam mana kan.. dah namanya kerja, ikut je la.

Tapi sebenarnya aku banyak travel dua minggu lepas. Dari KL ke Kelantan terus ke Penang. Jauh perjalanan aku. Claim tu memang la sedap jugak kan, tapi penat dia memang tak boleh bawak bincang. Hahaha.. ni first time aku drive sampai ke Kelantan ikut Raub semua tu. Lepas tu ikut Gerik untuk ke Penang sebab ada event. 

Kiranya kereta Saga aku dah selamat sampai ke Pantai Timur, Selatan, pantai Barat. Cuma ke penghujung utara Semenanjung je belum. Setakat Penang tu, takpe lagi. 

Insya Allah soon Mr Saga akan sampai ke Perlis jugak. Tunggu masa je…

Catat Ulasan

0 Ulasan