Tempat Menarik di Kelantan


Tempat Menarik di Kelantan | Okay, ni mungkin entry last aku pasal trip ke Kelantan baru ni. Kalau dalam dua entry sebelum ni, aku share pasal train ke Kelantan dan tempat makan sedap di Kelantan , kali ni aku nak share pulak tempat menarik di Kelantan. Ada antara tempat-tempat yang aku mention ni dah famous, tapi aku saja la nak share jugak.

Okay, antara lokasi yang korang boleh pergi sepanjang korang bercuti kat Kelantan ni macam : 

1. Pengkalan Kubur


Tentu lah shopping time di kawasan bebas cukai. Kat sini ada macam-macam barang rumah, pakaian, pinggan mangkuk dan bermacam lagi. Tapi korang kena ingat, ada sesetengah barangan, korang kena bayar cukai sikit ye.  Total dalam 10% dari jumlah barangan yang korang beli. Tapi aku rasa lebih kepada barang yang ada resit. Kalau kain baju, takda cukai ye. Ohh,  Ada street art jugak tau dalam kawasan bebas cukai ni. 

2. Wat Pothivihan (The Sleeping Buddha)

Korang boleh singgah ke sini kalau korang dalam perjalanan ke Rantau Panjang dari Pengkalan Kubur. Takda apa yang menarik pun, cuma kalau nak tengok tu boleh je. Kat kawasan Kelantan ni, aku rasa banyak je wat untuk korang berkunjung. 

3. Rantau Panjang


Again shopping. Tapi aku suggest korang datang shopping sini je sebab lagi banyak pilihan dan lebih meriah. Kalau korang nak makan lokching, sini pilihan yang tepat. Murah dan banyak pilihan. Harga pulak dari RM1 sampai RM2. Tak jumpa weh kat KL dengan harga tu.

4. Masjid Beijing / Masjid Cina / Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra di Rantau Panjang. 

Dekat je dengan Rantau Panjang. Memang dah perjalanan balik ke Kota Bharu, so boleh singgah solat dulu. 

5. Pantai Senok / Nami Beach. 



Port untuk bergambar berlatarbelakangkan pokok rhu. Memang ramai datang melepak sini. Pastikan bateri henfon penuh untuk bergambar. 

6. Pasar Besar Siti Khadijah

Tempat wajib kalau ke Kelantan. Tak sah datang ke Kelantan kalau tak ke sini. Makan-makan dan shopping adalah wajib ye kat sini. 

7. Pantai Cahaya Bulan
Kalau korang nak melepak petang-petang sambil ambil angin laut, sini tempat yang sesuai. Tapi kalah datang weekend, confirm full and parking susah sikit. Tapi alang-alang tu, why not kan. 

Tu je. Sebenarnya banyak lagi tempat menarik untuk diexplore. Tapi bila bermain dengan masa ni, kita pergi mana yang sempat je la. Tambah pulak last day tu memang agak padat Kota Bharu tu. So, itu je la yang nak share pun. 

Repeat again? Of course lahhh…

Catat Ulasan

0 Ulasan