Kembali Terbang



Kembali Terbang | Last aku naik kapal terbang, kalau tak silap Disember 2019 ke Acheh. Masa tu Covid19 ni tak merebak lagi ke satu dunia.

Lepas tu, memang dah tak fly dah. Iya la, nak fly pun, tak tahu nak ke mana. Tapi weekend lepas, dapat la merasa naik kapal terbang lagi, itu pun sebab outstation ke Kelantan. Nak drive memang malas jugak la sebab cuti panjang. 


Sebelum tu, memang aku dengan Puan Isteri ada la jugak menyembang nak bercuti ke Indonesia, cumanya boleh berangan je la dulu. Sebab kos agak tinggi jugak. Tambah lagi dengan passport kitorang dua dah mati, so bajet jadi tinggi sikit. 

Tapi tak apa, mana la tahu kalau tiba-tiba anniversary tahun ni boleh fly jugak ke mana-mana. Nanti kita tengok dulu. 

Surprise maybe....

Catat Ulasan

0 Ulasan