Kedai Cermin Mata Viral di Eye Pro Vision, Sungei Wang Plaza



Cermin Mata Murah Tapi Berkualiti di Eye Pro Vision, Sungei Wang Plaza | Last aku buat cermin mata rasanya dua tahun lepas. Tapi memandangkan aku rasa silau aku dah lain macam, especially bila drive waktu malam, mungkin ni masanya aku check mata aku dan buat cermin mata baru. Alhamdulillah ada rezeki lebih sikit kan.

So, balik je dari kampung lepas raya hari tu, aku ajak Puan Isteri ke Eye Pro Vision kat Sungei Wang Plaza. Alaaa kedai viral spek murah tu. Aku ingatkan dah tak ramai, rupanya masih ramai yang datang buat kat kedai ni sebab spek murah gila. Dan untuk pengetahuan korang, ni dah masuk kali kedua dah aku buat cermin mata kat sini. 

Sebabnya, kat sini aku boleh dapatkan lens Alpha420 dengan harga yang rendah termasuk bingkai tau. Korang tahu tak apa kelebihan lens Alpha 420 ni?

Okay, lens Alpha420 ni dicipta khas untuk orang yang selalu menghadap laptop, komputer, tv, handphone dan seangkatan dengannya. Kanta jenis ni boleh block 100% sinar biru dan ultra ungu (UV420). Dengan lens Alpha420 ni jugak, dia membantu untuk mengurangkan mata penat dan kita pun selesa. Mata tak pedih bila pakai cermin mata terlalu lama. Macam aku pulak, drive malam agak problem sebelum aku pakai cermin mata lens Alpha420 ni, tapi since dah pakai, drive malam pun best dan takda masalah. Alhamdulillah. 


Kalau korang nak tahu jugak, lens ni sangat berguna kalau korang ada masalah silau bila drive malam. Macam aku cakap awal-awal tadi, ni la sebab kenapa aku buat cermin mata baru kat Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza ni.

Selain tu, lens Alpha420 ni jugak jenis tahan lasak, tak mudah calar dan tak mudah pecah. Bagi yang jenis lasak, apa lagi, boleh la try kan.

Harga pulak? Jangan risau, murah-murah je harga cermin mata kat Eye Pro Vision ni. Dengan harga RM125, korang dah boleh pulang bergaya dengan spek baru. Korang boleh dapatkan harga tu kalau tahap rabun korang sehingga 400 dan silau sehingga 200. 

Tapi kalau macam aku, mahal sikit lens sebab power aku tinggi, 575 untuk kedua-dua belah mata. Lepas tu aku ambil lens yang nipis sikit dan transition. Tapi masih affordable.


Pilihan frame korang jangan risau, ada yang rendah sampai yang mahal. Ada 2,000 lebih pilihan untuk korang pilih. Rambang mata tau. Ikut bajet korang. Tapi yang rendah pun tahan lasak tau. Sebab fleksibel. 

Lepas buat tu, aku jalan-jalan dengan Puan Isteri dan tak sedar sejam je, lepas tu balik ke kedai, dah siap. Bergaya dengan cermin mata baru aku hari tu.


So, korang kalau nak buat cermin mata baru, boleh la ke Eye Pro Vision ye. 

Kedai : Eye Pro Vision,
Ground Floor (G111),
Sungei Wang Plaza, Jalan Bukit Bintang, KL
(Tips : Dari level bawah, naik eskalator ke Ground Floor, pandang kiri terus nampak kedai)

Catat Ulasan

0 Ulasan