Baru Teringin Lemang Ketupat



Baru Teringin Lemang Ketupat | Biasanya awal-awal raya ni, aku tak fokus sangat leang, ketupat dan rendang. Sebabnya? Aku akan cari heavy food je dulu. Lontong tu dah wajib walaupun boleh kata selalu jugak aku makan masa breakfast, yang lain-lain tu tetap jugak la makan.

Kuih raya tu memang aku tak sentuh sangat la kecuali yang jenis-jenis kerepek, muruku macam tu ye. Kalau almond london, tart semua tu, setakat rasa je la.

Tapi bila masuk minggu kedua ni, aku dah mula nak cari lemang, ketupat dan rendang. Baru teringin nak makan dan penyudahnya, lepas restock barang dapur semalam, terus beli lemang sebatang. Nasib baik kat area rumah aku ni ramai yang jual lemang.

Kalau korang, masih teringin lagi ke lemang, rendang ketupat ni? Ke dah tak teringin dah? 

Catat Ulasan

0 Ulasan