Retreat JT 2022 | Bulan depan ngam setahun aku bekerja kat Co-opbank Pertama. Fuh.. Kejap je rasa. Sepanjang hampir setahun ni, bukan senang nak kumpul sekali. Bukak puasa, events, mesti ada je yang tak dapat datang.
Tapi Alhamdulillah, awal tahun 2022,dapat jugak team Jabatan Transformasi berkumpul 3 hari dua malam di Melaka. Program retreat la untuk department kitorang untuk bincangkan apa yang patut bagi tahun ni.
Yang lain ada jugak sukaneka dan sembang-sembang untuk meriahkan majlis. Cewah... Yang penting semua happy. 3 hari dua malam kat D'Pines Village Melaka ni, memang kitorang tak keluar pun,makan pun dah ada yang settlekan, so kitorang fokus pada aktiviti je.
0 Ulasan
Tinggalkan komen anda di sini...
Emoji