Betul-Betul Curi Masa



Betul - Betul Curi Masa | Kebelakangan ni memang sejujurnya aku tak sempat nak tengok sangat sosial media. Post apa-apa lepas tu ignore je. Ada la sesekali balas komen. Sebabnya memang sibuk kat office. 

Selain tu, aku rasa jarang la kat rumah aku nak buka laptop untuk buat kerja. Kecuali masa work from home la kan. Memang kena bukak. Tapi sekarang ni pun, malam memang agak kerap jugak aku buka laptop. Sebabnya kadang kat office tak sempat jugak nak siapkan. Boleh je nak buat esoknya tu, cumanya, takut tak sempat.

Tapi bila nak buat malam tu, mood jadi malas. Hahaha... Sebab dah seharian menghadap laptop kan. Tapi apakan daya. Kena curi jugak la masa untuk settlekan semua. Tapi aku dah set dah. Kalau aku buat kerja kat rumah, paling lewat jam 9.30 malam aku dah tutup laptop.

So sempat la rehat. Kalau tak habis, aku sambung esoknya kat office. Tapi buat masa ni aku okay lagi. Boleh manage. Cumanya blog agak sikit terabai la. Tapi takpa la, nak buat macam mana kan. Kerja. Nak tak nak, kena buat jugak.. 

Catat Ulasan

0 Ulasan