Terkandas Di Shah Alam



Terkandas Di Shah Alam | Aku tak expect pulak yang aku salah seorang yang terkandas akibat banjir di Shah Alam. Mulanya ingat nak singgah tidur satu malam je kat rumah mentua aku lepas balik outstation di Johor semalam. Tapi disebabkan banjir yang buatkan semua jalan keluar ditutup, aku dan Puan Isteri terkandas kat sini. 

Tapi Alhamdulillah, kawasan rumah mentua aku terselamat dari banjir buat masa sekarang. Cumanya memang jalan keluar memang tak ada. Nak ikut LKSA, KESAS memang tak boleh. Air dah naik dan jammed gila. 

Aku tahu ramai lagi yang jadi mangsa banjir ni. Kawan-kawan aku pun ramai yang jadi mangsa banjir. Hanya doa je yang mampu dipanjatkan untuk dorang. 

Ramai yang menghulur sumbangan dan cuba membantu mereka yang menjadi mangsa banjir. Aku doakan semoga semuanya dipermudahkan urusan korang. 

Catat Ulasan

0 Ulasan