Selamat Tinggal 2021



Selamat Tinggal 2021 | Kurang dua jam ja lagi sebelum 2021 meninggalkan kita. Cewah... Lepas tu, welcome 2022.

Well, it is a very tough year for us. For me. Penghujung tahun pun negara dah alami musibah banjir dan memang tahun ni, tahun dugaan untuk semua. Dengan Covid19 belum nampak bayang lagi akan berakhir dan bermacam lagi dugaan yang setiap orang alami. 

Macam aku sendiri, tahun baru aku bermula sebagai seorang penggangur dan pergi interview sana sini. Tapi Alhamdulillah, tak lama lepas tu aku dapat kerja di tempat lain. Rezeki kita tak tahu kan macam mana. Semua tu rahsia yang di atas sana. 

Tahun ni jugak aku dah berpindah, duduk asing dari mertua aku sebab faktor tempat kerja yang lagi dekat dengan aku. 

Kalau tanya aku, macam mana pendapat aku untuk tahun 2021,well,semuanya berjalan lancar dan Allah permudahkan semuanya. Bersyukur dengan apa yang kita miliki dan insya Allah, kita akan sentiasa puas. 

Alhamdulillah. 

Catat Ulasan

0 Ulasan