Mudahnya Bayar Zakat Selangor Di ATM Bank Islam


Mudahnya Bayar Zakat Selangor Di ATM Bank Islam |
Zakat ni memang merupakan satu kewajipan kepada kita umat Islam. Dah termasuk dalam satu rukun Islam di mana, mereka yang berkemampuan, wajib mengeluarkan zakat. Zakat ni pulak ada bermacam jenis. Zakat perniagaan, zakat emas, zakat fitrah dan bermacam lagi la. Tapi mesti ada yang bertanya, bayar zakat ni untuk apa? Apa yang aku dapat? Confirm ke kalau bayar zakat kat Lembaga zakat ni, duit zakat tu disalurkan kepada orang yang memerlukan?

Meh sini, aku nak share sikit dengan korang. Kalau korang jadi keyboard warrior je tanpa selidik, dah tentu korang akan cakap yang duit zakat korang ni tak ‘bergerak’. Tapi kalau korang selidik betul-betul, tengok website atau media sosial Lembaga Zakat mana-mana negeri, insya Allah, korang akan Nampak yang wang zakat korang ni, disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Contoh paling ketara, Lembaga Zakat Selangor (LZS) bila kejadian banjir baru-baru ni kat Selangor dan PPZ MAIWP di mana dorang ni telah memperuntukkan sumbangan kepada mereka yang terkesan akibat banjir. Selain tu, ada jugak Lembaga Zakat daripada negeri-negeri lain yang turut menyampaikan sumbangan kepada LZS untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir.


Itu baru yang kes yang berlaku secara tiba-tiba. Belum lagi termasuk dengan bantuan-bantuan lain yang diberikan sebelum ni untuk membantu golongan asnaf, fakir miskin dan ramai lagi. Kalau korang tengok di website LZS, jumlah kutipan yang diterima dan jumlah agihan pun dah Nampak yang LZS ni telah menyalurkan bayaran zakat korang tu dengan baik. Jadinya korang tak perlu risau.


Jadi macam mana nak bayar zakat? Nak keluar pun, dengan keadaan sekarang pun, masih perlu berhati-hati lagi sebab kita sedang ‘berperang’ dengan benda yang kita tak Nampak. Jangan risau, untuk yang selalu menunaikan zakat kepada Lembaga Zakat Selangor, korang boleh tunaikan kewajipan korang melalui mesin ATM Bank Islam. Tapi kena ingat ye, kemudahan ni hanya untuk mereka yang mempunyai Akaun Simpanan atau Akaun Semasa kat Bank Islam je.

Cara pembayaran melalui mesin ATM ni dan beberapa cara lain ni adalah nak menggalakkan orang ramai menunaikan kewajipan zakat tanpa tunai atau cashless ye. Kurangkan interaksi, kurangkan risiko untuk dijangkiti.



Selain dari tu, bagi pemegang Akaun Bank Islam, korang kena ada kad Smart ATM dan perlu mendaftar terlebih dahulu di mana-mana cawangan Bank Islam dan korang akan menerima ‘Kod Pendaftaran’.

Jadi proses seterusnya, bila korang nak bayar zakat melalui ATM Bank Islam tu, korang Cuma pilih menu ‘Lain-Lain’ diikuti dengan menu ‘Pembayaran Bil’ dan masukkan ‘Kod Penerima’ yang korang dapat sebelum tu.

Pemegang kad Smart ATM BIMB boleh melakukan transaksi pembayaran zakat untuk Lembaga Zakat Selangor di mana-mana cawangan BIMB sama ada sekitar Lembah Klang atau Selangor.

 Dalam misi untuk menggalakkan orang ramai atau syarikat membuat menunaikan zakat, LZS kini menjalankan kempen Jom Tunai Zakat ‘Menang & Kongsi’ yang bermula dari 1 November 2021 sehingga 31 Disember 2021. Dah tinggal dua hari je lagi.


Menerusi kempen yang dijalankan bersama Tabung Haji, korang berpeluang untuk memenangi sebahagian hadiah keseluruhan bernilai RM17,000!!!!

Caranya mudah :

1.       Tunaikan zakat di mana-mana platform yang disediakan oleh LZS (online, ejen LZS, cawangan, ATM)

2.       Imbas kod QR untuk isi borang penyertaan

Atau korang boleh je layari http://my2point5.zakatselangor.com.my/

So tunggu apa lagi, tunaikan zakat korang sekarang dan mana tahu, ada rezeki korang untuk menang sebahagian hadiah yang ditawarkan tu.



Catat Ulasan

0 Ulasan