Family Day Radzi's Clan 2021



Family Day Radzi's Clan 2021 | Kalau hujung bulan November aku ke Port Dickson untuk family day sebelah Puan Isteri, seminggu lepas tu pulak, family day sebelah aku dekat Sungai Klah Hot Spring, Sungkai. Memang agak full jugak la aktiviti weekend aku sampai hujung tahun.

Kalau diikutkan, mulanya aku tak dapat pergi sebab ada event company di Port Dickson, tapi event tu postpone ke hujung bulan 12,apa lagi, terus on je la dengan family day ni.

Itu pun, aku dengan abang aku duduk kat homestay luar Sungai Klah Hot Spring ni. Yang lain semuanya duduk kat resort. Sebabnya masa dorang book time tu tak boleh rentas negeri lagi. Kebetulan, hanya aku dengan abang aku je kat luar Perak.


Tapi okay jugak sebenarnya sebab malam tu kitorang BBQ kat homestay kitorang. Kalau duk dalam, silap-silap mati kutu jugak kan malam tu.

Aktivit takda apa pun. Cuma mandi dekat hotspring, bbq dan mandi lagi. Yang penting dapat bercuti ramai-ramai je la. Tapi sesekali dapat ni, kira okay la. Next time tak tahu lagi bila.


Alhamdulillah dapat berkumpul semua orang ahli keluarga Mat Radzi dan Sharifah ni. Next time, tak tahu lagi bila dan kat mana... 

Catat Ulasan

0 Ulasan