Family Day AR's Family



Family Day AR's Family | Kesinambungan daripada sebelum ni macam mana aku boleh menginap di Tasik Villa International Resort, kisahnya adalah sebab family day dengan keluarga mentua aku. Well, 8 orang kami je termasuk si kecik dua orang tu. Hehehe.

Macam last year, kami ke Genting Highlands masa raya haji, so tahun ni ke Port Dickson sebab nak cari tempat yang ada private pool untuk main dengan si kecik tu.

Aktiviti pun takda apa, cuma makan-makan dan lepak-lepak sambil angin malam kat PD. Kalau last year, banyak berjalan cuci mata kat Genting, kali ni banyak mandi pool. Sebelum check in, kami lunch dulu, then check in terus terjun pool sampai ke petang.


Malam tu dinner dan lepak dekat foodtruck, area PD waterfront je. Balik, terjun pool lagi. Hahahaha... Seronok menginap yang ada private pool ni, nak mandi pool dari check in smapai check out pun takda masalah okay. Berendam la sampai kecut.

Esoknya tu, lepas breakfast, kitorang naik basikal round dalam villa ni then mandi kolam lagi dan terus check out. Pergi lunch dan patah balik ke Masjid Sendayan.

Masjid ni memang dah lama aku teringin nak datang. Alhamdulillah sampai jugak. Tapi sebab terlupa nak bawak sejadah sendiri, tak boleh nak solat kat sini. Takpe la.. Next time boleh datang lagi. 

Lepas je kat masjid sendayan, lepak kat rumah abang ipar aku kat Mantin, terus balik rumah. Next mungkin aim Melaka pulak kot untuk family day...

Catat Ulasan

0 Ulasan