Bertabah Semua




Bertabah Semua | Dari semalam lagi aku duk tengok kawan-kawan duk update tentang cuaca sekarang tengah hujan. Kawasan dari utara sampai ke Melaka memang tengah alami hujan berterusan, terutama sekali kawasan Lembah Klang. Kebetulan aku outstation kat JB, cuaca kat sana memang panas. Semalam je hujan rintik sikit.

Tapi hari ni, masa aku stop kejap, ramai dah update kawasan dorang dah alami banjir. Terutama sekali kat Shah Alam dan Klang. Allahu...

Bertabahlah semua yang tengah hadapi musibah ni. Mungkin dah masuk musim tengkujuh yang memang selalu hujung tahun. Ini yang kita terpaksa hadapi. 

Aku doakan supaya urusan korang dipermudahkan. Jaga diri korang semua.




Catat Ulasan

0 Ulasan