Tasik Villa International Resort, Port Dickson



Tasik Villa International Resort Port Dickson | Kalau ada yang tercari-cari hotel atau resort yang ada private pool, aku boleh cadangkan korang ke Tasik Villa International Resort kat Port Dickson ni. Aku tahu, ada yang teringin nak bercuti sambil mandi pool, tapi time-time sekarang ni, tempat terbuka bahaya jugak kan. So, better cari yang ada private pool. Dan ada banyak pilihan sebenarnya untuk hotel atau resort yang menawarkan private pool ni, tapi aku cadangkan Tasik Villa sebab aku dah pergi minggu lepas.

Puan Isteri yang book sebulan sebelum kami pergi. Pergi pulak dengan family mertua aku, kiranya family day belah mertua aku la. Ada baby lagi, so, elok cari yang ada private pool, senang nak enjoy. 




Okay, secara ringkasnya, yang Puan Isteri book adalah family villa. Villa ni dua tingkat dan ada dua bilik sebelah atas. Tapi tak berpintu ye. Satu bilik katil king, satu lagi twin sharing. Ada satu bilik air kat atas dan satu bilik air kat bawah. 

Pool pulak, bahagian belakang dan korang, of course, boleh mandi dari check in sampai check out. Nak kata luas pun tak, nak kata kecik pun tak. Tapi aku rasa size tu mungkin 4m x 4m kot. Kiranya selesa la untuk berendam dan bermain untuk yang ada anak kecik. 




Breakfast dah termasuk tapi mungkin sebab PKP atau duduk villa, dorang hantar ke villa ye. 

Untuk pengetahuan korang, ada beberapa jenis bilik kat sini ye. Family villa (macam aku duduk), VIP Villa (5 bilik kalau tak silap), chalet atas tasik dan bilik hotel (and ada bilik yang ada jacuzi). Actually, aku malas nak cari gambar. Korang boleh website Tasik Villa ye. 




Aktiviti kalau korang nak buat dalam ni sebenarnya ada je. Berbasikal, scooter and jogging. Rasanya ada jugak sewa swan boat tu. Oohh.. Dorang pun ada public pool ye. So, kalau boring mandi pool kat bilik, boleh ke public pool. 

Parking sangat senang, parking depan pintu bilik je. So terus angkat barang masuk bilik. 

Oohh.. Walaupun rumah, korang tak boleh masak atau BBQ ye. Tapi korang boleh panaskan makanan sebab ada microwave dan peti sejuk. Kalau korang nak BBQ, korang boleh call reception untuk tanyakan. Mungkin dorang akan arrange something la untuk korang BBQ. 

Okay, selamat bercuti okay... 


Catat Ulasan

0 Ulasan