Port Bergambar Di Bukit Merah Laketown Resort



Port Bergambar Di Bukit Merah Laketown Resort | Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat bermain. Cewahhh... Kalau dulu, outstation ke Bukit Merah, memang jarang la nak bergambar, bukan apa, sebab tahu akan ke situ lagi sebab kerja.

Tapi lepas bertukar tempat kerja ni, saja la aku ajak Puan Isteri ke Bukit Merah Laketown Resort ni sebab tak jauh pun dari kampung aku. Saja pergi cuci mata sambil ambik angin.

Kalau dulu, sangat jarang la aku ambik gambar kalau ke Bukit Merah ni, paling tidak pun, gambar tasik je. Atau gambar kat depan Kampung Air je.

Tapi sekarang ni, kalau korang ke Bukit Merah, dah banyak spot menarik tau untuk kaki Instagram.

Lokasi semua ni senang je, dari main entrance Bukit Merah tu, korang jalan kaki atau sewa basikal menghala ke Kampung Air. Ada dua tiga tempat lagi.. Tapi aku yang macam malas nak bergambar dah. Dengan nak hujan lagi. 

So korang, kalau dah pergi bercuti kat Bukit Merah tu, jangan lupa tau bergambar kat tempat-tempat ni. Dapat cuaca elok, lagi cun gambar korang... 

Catat Ulasan

0 Ulasan