Santai Mengopi Di Kafe Padi



Santai Mengopi Di Kafe Padi | Aku dah usha Kafe Padi ni sejak sebelum rentas negeri diumumkan lagi. Rasanya naik kat IG aku rasanya. Walaupun aku bukan peminat kopi, tapi sebab aku tengok view kafe ni macam lawa dan tak sampai 20 kilometer je dari kampung aku, apa salahnya try kan. Support orang kampung. 

Nasib baik la kafe pun tak jauh dari jalan besar. So senang jugak la nak mencari. Parking pun agak senang. 


First sampai, pemandangan memang just nice. Pemandangan Gunung Semanggol dan bendang yang menghijau, awan pulak redup ja, just nice la nak mengopi. Cumanya depan tu masih dalam proses nak buat lagi chalet kot. Sebabnya sebelah kiri kanan kafe tu ada chalet kayu. Mungkin akan jadi lokasi untuk family bercuti nanti.

Pilihan menu termasuk kopi, mungkin tak banyak macam di kawasan bandar, tapi bagi aku tu pun dah cukup. Buat banyak sangat pun payah jugak. Aku order Padi's Blend dan Puan Isteri order Latte with Hazelnut Syrup. Kitorang ambil brownies satu. Both minuman sedap gila especially Padi's Blend tu, cuma brownies kureng sikit. Harga, untuk orang kampung mungkin agak pricey sikit, tapi bagi aku, just nice la harga tu. 

Kalau nak heavy-heavy, ada la spaghetti tu, nak yang ringan-ringan macam kek ke apa pun ada jugak. Dan aku tengok macam sedap la. Cumanya brownies tu memang tak menepati citarasa aku dan Puan Isteri. Tapi tu small matters je. Yang penting kopi sedap. 


Korang kalau nak try, terutama sekali orang Bagan Serai, Gunung Semanggol dan kawasan sekitar, atau yang dalam perjalanan dari atau ke utara, boleh la singgah ye. Sambil minum kopi, sambil ambil gambar kat sawah. 


Catat Ulasan

0 Ulasan