Habis Cuti Seminggu

Habis Cuti Seminggu | Kejap je terasa balik cuti seminggu kat kampung. Terasa cepat mungkin la sebab aku balik hari Isnin kot. Hahaha... Ngam Ahad, aku dah gerak balik ke Selayang.

Tiap kali balik ke kampung, memang aku tak plan ke mana pun. Memang nak habiskan masa kat rumah. Berjalan la jugak ke pekan, rumah sedara-sedara keliling tu.

Tapi balik kali ni, ada la jugak aku ke Bukit Merah untuk bergambar, itu je pun. Betul-betul pergi untuk bergambar je lepas tu turun balik. Lepas tu pergi ke Kafe Padi dan kumpul family makan-makan. 


Yang penting dapat balik kampung, tu je tujuan utama. Nak berjalan tu, sambil-sambil je la. Dapat jumpa mak abah, dapat balik kampung pun dah besar rahmat untuk anak rantau ni. Bukan apa, takut PKP sekali lagi, langsung tak boleh balik. Tapi harapnya keadaan semakin okay la. Insya Allah. 

Catat Ulasan

0 Ulasan