Dah Selamat Sampai Kampung



Dah Selamat Sampai Kampung | Alhamdulillah, 10 bulan setengah. Satu tempoh yang bukan sekejap. Pertama kali aku tak balik kampung dalam tempoh yang lama macam ni. Last aku balik kampung, bulan 12 hari tu sebelum PKP dilaksanakan semula.

Kalau ikut perancangan, aku balik awal bulan 11. Tapi disebabkan ada kerja yang memang tak boleh elak, terpaksa la tangguh. Tak apa la, nak bercuti sambil kerja tengah banyak, macam tak syok jugak kan? So rileks dulu je la. 

Perjalanan, kami saja try ikut Rawang Bypass sebab dekat dah dengan rumah kami dan nak lalu kat jambatan tinggi tu. Tapi masing-masing kecewa sebab letakkan expectation yang tinggi. Hahahaha.. Ingatkan kawasan jambatan tinggi tu jauh la, rupanya sikit je. Tapi view hutan tu cantik la kalau dari jambatan tu.


Tapi tak apa la, yang penting dah lalu kan. Lepas tu kami masuk lebuhraya start di Bukit Beruntung. Itu pun sebenarnya dah terlajak, so memang meronda jugak la kami ikut jalan lama tu. Nasib takda rushing mana-mana.

Port biasa, kami stop di Kuala Kangsar untuk makan bakso dan Laksa Kuala. Port wajib ye. Tapi entah la. Semua dapat peniaga yang muka masam. Hahaha.. Emo apa tak tahu la.

Sampai kampung ngam pukul 4 petang dan lepak-lepak. Lepas rindu kat mak abah, kat kampung.


Tapi jangan risau, bangun pagi tu kami laki bini buat self test covid dulu. Just as precautions untuk kitorang laki bini. Alhamdulillah, negatif.


Catat Ulasan

0 Ulasan