Peratusan Vaksin Malaysia

Peratusan Vaksin Malaysia | Kalau dulu, tiap-tiap hari aku dok menunggu berapa jumlah kes positif Covid19 di Malaysia. Setiap petang duk tunggu je kat Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) update tentang kes positif Covid 19.

Tapi sejak seminggu dua ni, bukan kes positif yang ditunggu,tapi setiap hari duk cek peratus rakyat Malaysia dewasa yang lengkap vaksinasi. Bukan apa, sebab kerajaan kan dah umum, cukup je 90% lengkap vaksinasi dewasa, aktiviti rentas negeri akan dibenarkan. Kalau minggu lepas, peratusan naik dalam 0.8% dan ada masanya naik dalam 1 peratus. Tapi seminggu ni, boleh kata setiap hari naik 0.4 peratus je. Haish...

Tapi tak apa la. Lama-lama naik jugak kan jadi 90%. Aku rasa Isnin minggu depan dah boleh rentas. Insya Allah. 

Catat Ulasan

0 Ulasan