Penantian 6 Bulan Berakhir


Penantian 6 Bulan Berakhir | Alhamdulillah, penantian selama 6 bulan berakhir. Akhirnya aku dah disahkan jawatan sebagai Eksekutif di Co-opbank Pertama. Mungkin la selama 6 bulan ni ada yang dah perasan dengan gambar-gambar yang aku upload, tag bagai semua. Tapi aku tak bagitau betul-betul la. Mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang tak. Kebanyakkannya tahu aku dah bekerja semula lepas aku diberhentikan bila syarikat yang aku kerja sebelum ni antara yang terkesan disebabkan wabak Covid-19 ni.

Alhamdulillah, rezeki dapat kawan-kawan yang baik, dan doa serta sokongan dari orang-orang yang aku sayangi, akhirnya aku dapat tawaran bekerja di Coopbank Pertama setelah sebulan setengah jadi penganggur. Sejak bulan 12 lagi, aku dah attend macam-macam interview sama ada face to face atau online. Bukan kat kawasan Lembah Klang ja, tapi sampai ke Johor pun aku apply. Aku rasa dekat 30 interview termasuk yang berperingkat yang aku dapat dan Alhamdulillah, rezeki masih di Lembah Klang. 


Tempoh probation ni, aku memang jarang nak update apa-apa kat mana aku kerja dan sebagainya sebab ada kemungkinan yang kita tak ingini mungkin boleh berlaku. Jadi, aku diam je la kan. Dan Alhamdulillah sekali lagi, aku dapat team dan bos yang baik, sama macam aku di MK Land. Sementara nak faham culture kat tempat baru, memang agak stress jugak la. 

Masa aku mula-mula masuk kat CBP ni, dengan workload yang ada setengahnya aku tak pernah buat, aku pernah jugak la hampir-hampir give up dan stress.  Tapi bila fikir, takkan nak stay kat takuk yang sama without learning something new, so, aku teruskan jugak dan alah bisa tegal biasa la. Sesekali rasa stress tu standard la. Nama pun manusia kan. 

Terima kasih aku nak ucap kat team members aku yang banyak guide aku. Dan kawan-kawan yang banyak menyokong dan membantu. Terima kasih sangat-sangat. You know who you are. 

Catat Ulasan

0 Ulasan