Pak John Steamboat & Grill


Pak John Steamboat & Grill | Akhirnya selepas dua minggu, kami laki bini dah lengkap vaksinasi. 14 hari yang terasa lama. Iya la, asyik partially vaccinated ja kan. Nak dine in atau masuk mana-mana kedai pun susah.

Jadi, untuk celebrate kami dua dah lengkap vaksinasi, ada dua pilihan yang kalau sebelum ni, memang kerap kami pergi. Steamboat atau sushi. Dua-dua memang favorite kami dua. Akhirnya Puan Isteri decide untuk ke steamboat. Tapi ada lagi masalah, mana satu. Yang ala-ala korea atau lain. Lepas buat pilihan, akhirnya kami ke Pak John Steamboat & Grill dekat Tropicana Garden Mall. Ada dua je setahu aku cawangan Pak John ni, kat IOI Putrajaya dan Tropicana. Kami pilih yang dekat je sebab malas nak pergi jauh-jauh. Cuti pun dah approve. And ni first time aku ambil cuti ye lepas kerja kat tempat baru ni. Sanggup tau sebab nak celebrate dah lengkap vaksin.

Sebelum pergi, aku dah book sehari sebelum sebab katanya memang full. Dan nasib baik dapat tempat. 

Untuk cawangan Pak John dekat Tropicana ni, memang selesa dan service dia memang terbaik. Itu aku puji. Dorang akan tukar kertas lapik untuk grill tu kalau dah teruk dan kalau ada nak mintak cadangan soup ke apa, staff dia sangat membantu. Tomyam dia highly recommended ye. Untuk kimchi, kureng sikit untuk tekak aku. Pilihan sos pun banyak dan sedap. 


Selain steamboat dan grill, ada dimsum jugak ye. Yang makanan lain macam nasi goreng, bihun goreng pun ada. Untuk steamboat, pilihan memang banyak. 

Cumanya, aku kureng berkenan sikit dekat bahagian grill. Sebab kalau pergi mana-mana steamboat dan grill, aku lebih ke arah grill. Pilihan untuk daging masa hari aku pergi tu cuma ada satu kalau tak silap. Yang banyak ayam. Seafood pun ada, tapi tak banyak. 

Dari segi harga, masih murah untum steamboat di dalam mall kalau nak dibandingkan yang ala korea tu. Korang jugak boleh add on premium ye kalau pergi tengah hari. 

Tapi secara keseluruhan, aku bagi 7/10 untuk Pak John Steamboat & Grill. 

Catat Ulasan

0 Ulasan