Gibs Ecotourism Resort, Sungai Tua



Bila dah banyak aktiviti dibuka untuk yang dah lengkap dua dose vaksin, jalan depan rumah aku memang selalu jammed waktu petang. Sebabnya, jalan depan rumah aku ni untuk ke Sungai Tua dan Ulu Yam. Memang banyak kawasan sungai untuk berkelah kat kawasan Batu Caves.

So bila dah cukup dose, memang aku dengan Puan Isteri nak pergi mandi sungai. Seminggu sebelum tu dah pergi ushar dah kat mana yang best dan kami jumpa Gibs Ecotourism Resort. Kawasan yang sesuai untuk picnic dan camping. Kebetulan abang aku yang duk Klang pun nak berpicnic, jadinya pergi sekali je la.

Abang aku tidur kat rumah aku je. Senang untuk gerak sekali awal pagi tu. Sebabnya ramai orang. Jadinya, pukul 7 kami dah keluar rumah dan cuma 10 minit je nak sampai ke Gibs Ecotourism ni. Ingatkan kami paling awal, rupanya kami kereta yang keempat. Tapi sebab dorang bukak untuk yang walk in pukul 8,terpaksa la tunggu sejam sementara nak boleh masuk tu. Sementara nak tunggu pagar bukak tu, dah banyak kereta beratur kat belakang kitorang. 


Sharp je pukul 8,dah boleh masuk. Tapi sebelum tu, kena bayar dulu ye. Dewasa cuma RM3 seorang dan kanak-kanak cuma RM2. Kalau nak pondok, bayaran yang dikenakan cuma RM30 dan tapak Khemah cuma RM15. Kalau nak sewa khemah kat dorang pun boleh, RM50 je. Tapi untuk pondok, siapa cepat dia dapat ye. 


Takda buat apa pun, cuma berendam dan makan-makan je. Untung datang awal pagi sebab orang tak ramai dan dapat mandi air yang jernih. Kalau dah ramai tu, air pun tak jernih sangat.

Untuk yang walk in, korang kena ke Zon B ye... Kalau bermalam, korang akan ke Zon A. Bab dalam sungai tu, jangan risau. Sebab paling dalam pun paras pinggang aku je. Itu pun satu tempat je. Kalau ada anak kecik, boleh je biar dorang main sebab kebanyakan tempat, cuma paras lutut. Sesuai untuk semua umur.



Kalau nak datang, satu je la nasihat aku, datang awal. Tu je.. 

Catat Ulasan

0 Ulasan