Dah Boleh Rentas Negeri



Dah Boleh Rentas Negeri | Akhirnya berita yang ditunggu-tunggu dah tiba. Perdana Menteri dah umumkan bagi mereka yang dah lengkap dua dose vaksin, dah boleh rentas negeri. Nak bercuti, balik kampung, semuanya dah boleh berkuatkuasa 11 Oktober 2021. Alhamdulillah.

Ramai yang tertunggu-tunggu saat ni termasuk aku. 10 bulan tak balik kampung, dah tiba masanya. Cumanya kena bersabar sikit saja lagi. Minggu ni mesti ramai yang rentas negeri. Malas juga nak bersesak atas highway walaupun sebenarnya itu la yang happening pun. Letih, tapi puas. Tapi dengan keadaan sekarang, mungkin kena hold dulu kot sekejap. Tapi tak tahu la kan kalau mengejut.


Cumanya nasihat aku, kalau nak balik kampung tu, periksa dulu kesihatan diri. Beli self test kit dan tengok keputusan. Kita sedang berlawan dengan benda yang tak nampak. Walaupun dah lengkap divaksin, tapi masih ada risiko untuk dijangkiti. Cumanya risiko untuk ke tahap lebih serius tu takda la, insya Allah.

Kepada yang antivaksin dan tak nak divaksin tanpa ada alasan yang kukuh, korang boleh berterima kasih kat kitorang yang dah vaksin ni. Tapi itu la, korang tak dapat la kelebihan macam kitorang ni kan. Padan muka.

Well, its time to pack my bag. Lets go... 

Catat Ulasan

0 Ulasan