Bawak Balik Sampah



Bawak Balik Sampah | Kalau korang pergi berkelah ke mana-mana, sampah yang korang bawak tu, selalunya korang buang kat mana?

Al kisahnya, kan baru ni aku pergi berkelah dekat Gibs Ecotourism Resort, dan disebabkan kami sampai awal pagi, memang seronok la pilih tempat, tapi itu la. Nampak jugak sampah-sampah yang aku tak tahu la nak kata, tak sengaja tinggal atau sengaja ditinggalkan.

Ada yang memang kumpul sampah setempat dalm beg plastik besar, itu okay la.. Tapi ada yang main tinggal je macam tin air, mask. Adoi.. Tepuk dahi aku. Kalau tak jumpa tong sampah, rasanya boleh kot kalau korang bawak balik sampah tu dan buang kat rumah. Kalau bawak pergi berkelah boleh, takkan nak bawak balik buang kat rumah tak boleh kan? Ni untuk kes yang tak jumpa tong sampah la.

Macam aku hari tu, tak nampak pun kat mana tong sampah. Jumpa je port orang yang sebelum ni tinggal sampah setempat, tapi macam tak sedap la sebab bukan tempat dia.. Sudahnya, aku bawak balik je buang kat rumah. Takda la rasa bersalah sangat kan.

Mungkin ada yang kata, alaa.. Sampah sikit boleh la nak bawak balik, kalau banyak macam mana?? Satu je nak tanya, habis yang bawak dari rumah tu, sikit ke? Amount yang sama jugak kan.. It should not be a problem.

Tapi kalau dah memang ada tong sampah untuk korang buang sampah kat kawasan berkelah tu, tak payah la bawak balik. Tapi kalau nak bawak balik, ikut korang je la... 

Catat Ulasan

0 Ulasan