Akhirnya Dah Gunting Rambut



Akhirnya Dah Gunting Rambut | Aku tak ingat bila last aku gunting rambut. Rasanya dalam bulan 3 atau bulan 4 kot. Or mungkin jugak bulan 2 sebelum aku start kerja.

Tapi entah hari ni rasa semangat pulak nak gunting rambut. Rimas jugak sebenarnya bila rambut masuk telinga semua tu. Jadi serabut. Tapi tak berani jugak aku nak gunting rambut sebab masa 1 dose vaksin astrazeneca.



Tapi bila Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih ke Fasa 3 PPN, beberapa sektor dah boleh dah walaupun baru dose pertama vaksin atau dalam tempoh menunggu vaksin lengkap 14 hari. Itu apa yang aku faham la.

So, aku pun meronda la cari kedai gunting rambut awal pagi dalam pukul 9.30 pagi. Tapi banyak lagi yang tutup. Nasib aku jumpa jugak satu yang baru bukak dan aku jadi pelanggan pertama.


Ok la kan gunting macam ni. Tak panjang, tak pendek. Tapi Puan Isteri cakap belah atas masih panjang. Hahaha.. Aku dah cakap dah, belah atas tu potong sikit je sebab aku memang nak bela panjang. Tapi tak panjang sangat la. Macam sekarang ni dah nice dah. 

Catat Ulasan

0 Ulasan