Tumpang Seronok Tengok Peniaga Kecil

Tumpang Seronok Tengok Peniaga Kecil | Petang tadi aku ke Lotus Jalan Ipoh (sebelum ni Lotus dikenali sebagai Tesco) untuk beli barang dapur sikit. Tapi kali ni aku rasa macam seronok sikit ke sini.

Kalau sebelum ni, kawasan depan medan selera ni boleh kata 'kawasan mati' sebab peniaga kecil tak boleh berniaga disebabkan PPN Fasa 1, tapi sejak Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur beralih ke Fasa 2 PPN, kawasan ni dah hidup kembali. Sejak Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih ke Fasa 2 PPN, ni pertama kali aku ke Lotus dan suasana depan medan selera Lotus Jalan Ipoh ni dah berubah suasana. Aku dan Puan Isteri terkejut dan excited tengok kawasan atas yang sebelum ni kosong, penuh dengan peniaga kecil.

Alhamdulillah, peniaga kecil selain dari makanan dah boleh berniaga dan semoga ianya terus berkekalan. Bukannya apa, dah berbulan tak boleh berniaga, mesti ramai yang terkesan.

Semoga dipermudahkan untuk urusan mereka dan kita semua. Insya Allah. 

Catat Ulasan

0 Ulasan