Selesai Dose Kedua Astrazeneca



Selesai Dose Kedua Astrazeneca | Penat menunggu 9 minggu, akhirnya 25 haribulan tu dah sampai untuk aku terima dose kedua Astrazeneca aku. Kalau ikutkan awalnya, ramai yang terpaksa tunggu 12 minggu, kemudian dipendekkan jadi 9 minggu dan dua-tiga hari sebelum tarikh dose kedua aku, diumumkan pulak tempoh dose 1 dan dose 2 Astrazeneca adalah 6 minggu. Lega. 

Kesan vaksin dose kedua Astrazeneca ni, kalau ikut aku tak teruk la. Biasa-biasa je bagi aku walaupun ada orang lain yang kesan vaksin tu lagi teruk untuk vaksin Astrazeneca ni. Kesan paling ketara untuk aku, sakit bahu sebelah kiri belakang. Macam urat bersimpul. Memang sakit sikit kat situ dalam dua jam lepas vaksin tu. Lepas tu mengantuk. Itu je la. 



Banding dengan kesan vaksin Astrazeneca dose pertama hari tu, memang agak teruk jugak la hari kedua tu. Tapi aku dah okay untuk hari kedua tu, Alhamdulillah. Mungkin berkat berebut vaksin Astrazeneca hari tu kot. 

Well, sekarang masa untuk berpantang je la 14 hari. Dah cukup 14 hari, baru rasa macam merdeka sikit kan. Lepas tu boleh la nak dine in. Aku rindu nak dine in je sebenarnya. Balik kampung tu dah memang satu kemestian. 

Catat Ulasan

2 Ulasan

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)