Penjagaan Kesihatan Lelaki Bukan Tentang Sek$ sahaja

Penjagaan Kesihatan Lelaki Bukan Tentang Sek$ sahaja | Bila sebut tentang produk kesihatan dalaman lelaki ni, bermacam-macam persepsi yang ada. Ada yang malu nak menyembang bab-bab ni, ada yang tak malu dan siap bangga lagi kononnya dia yang paling hebat. Tapi kalau aku sendiri, masih ada segan untuk berbual tentang perkara ni dengan kawan-kawan walaupun cuma bergurau.

Dengan keadaan pandemik Covid-19 dekat hampir dua tahun ni, bab kesihatan tetap kena jaga. Bukan untuk mengelakkan risiko dijangkiti wabak ni, tapi kesihatan ni pun tetap kena jaga. Sekarang pulak masih ramai yang bekerja dari rumah. Nak keluar takut.  Tambah-tambah lagi dengan zaman sekarang ni, dunia yang penuh dengan teknologi. Tak perlu nak bergerak banyak. Semuanya di hujung jari. Klik situ, klik sini, settle masalah. Bila jadi macam ni, kita dah malas nak bergerak sebab semuanya dah ada orang buat. Nak makan, delivery ada, abang panda pun boleh. Nak hantar barang, si Lala dan Grab ada. Buat apa nak gerak banyak-banyak kan. Tapi, sedar tak sedar, semua tu buatkan kita malas bergerak.

Bila dah malas nak bergerak, sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada kesihatan kita. Sama ada luaran mahupun dalaman. Dan untuk dapatkan keluarga yang Bahagia zahir dan batin, kesihatan ni kita kena jaga. Kalau sakit, macam mana kita nak bahagiakan mereka yang kita sayangi. Sedihkan kalau tengok orang yang tersayang sakit. Macam tu la perasaan mereka yang sedih kalau dorang pulak tengok kita yang sakit. Jadinya, kita kena jaga kesihatan diri masing-masing untuk kebahagian bersama.



Kalau bab kesihatan seksual, masyarakat Malaysia masih menganggap ianya sesuatu yang taboo atau tak boleh dibincangkan secara umum. Memang kalau ikut adat kita, bab dalaman ni memang sesuatu yang taboo. Maksud taboo ni adalah pantang larang. Kiranya tak boleh dibincangkan secara terbuka kerana bagi aku, ianya berkaitan aib seseorang. Cumanya, demi kebahagian keluarga dan pasangan, ada masanya kita kena bersikap sedikit terbuka untuk perbincangan. Bukannya sekadar untuk aku lebih hebat dan sebaganinya.

Bila sebut bab kesihatan lelaki ni, ada la yang mula nak promosi ubat-ubat kuat, gambir Sarawak, minyak lintah dan sebagainya. Semuanya tentang hubungan intim di katil. Tapi sebenarnya, bila sebut penjagaan kesihatan lelaki, ianya lebih dari tu. Ianya melibatkan mental dan fizikal. Jadi ingat, bila sebut tentang penjagaan kesihatan lelaki, ianya bukan melibatkan bab intim sahaja.

Mengikut laporan Sinar masalah kesuburan lelaki di Malaysia ni semakin meningkat.

KUALA LUMPUR - Masalah kesuburan dalam kalangan kaum lelaki di Malaysia semakin meningkat apabila 60 peratus ujian analisis sperma mengesahkan sperma yang diuji adalah abnormal.

Ketua Unit Subfertiliti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr T Komathy berkata, ia berdasarkan data LPPKN dalam tempoh 10 tahun iaitu dari 2010 hingga 2019.

"Keabnormalan penghasilan dan fungsi sperma itu mungkin disebabkan oleh masalah atau kecederaan pada testis, masalah kesihatan seperti kencing manis, masalah genetik, berlaku jangkitan seperti mums (radang kelenjar liur parotid) atau pernah menjalani pembedahan pada testis.

ArtikelPenuh 

Orang cakap, ‘Life Begin at 40’. Mungkin ya, atau mungkin awal sikit disebabkan makin ramai orang yang taka da kesedaran lagi tentang bab bersenam, tak jaga pemakanan dan bila umur nak masuk 40, mula dah ada tanda darah tinggi kencing manis, libido kurang, mati pucuk dan bermacam lagi.

Jadinya bila dah ada bermacam penyakit ni, mula cari bermacam jenis ubat darah tinggi, ubat kencing manis, ubat kuat yang tak diluluskan dan bermacam lagi. Akibatnya, dari sakit sikit, mungkin melarat ke sakit-sakit yang lain.

Sebab tu, aku nak share dengan korang, untuk para suami mithali ni, ada satu website untuk korang rujuk dan jadikan panduan dan cari ilmu kat situ. Laman web suamisihat  ni nak mendidik kita dan memberi kesedaran kepada suami, bakal suami dan lelaki untuk jadi seorang yang prihatin dan saying dekat pasangan. Dorang siap ada group Telegram ‘Komuniti SuamiSihat’ untuk berbincang dan berkongsi tentang isu kesihatan lelaki ni secara terus dan profesional.


Dekat website ni, terdapat pakar kesihatan lelaki dari pelbagai bidang sexual health lelaki selain daripada nasihat, tips dan panduan yang ringkas turut dikongsikan. Bukan saja pakar, tapi sekecil-kecil masalah pra-ejakulasi sampailah kepada penyakit kronik seperti kanser prostat dan ED pun turut dibincangkan oleh mereka yang arif. Dorang jugak ada produk-produk yang dah tentunya ubat yang diluluskan oleh KKM dan diiktiraf oleh pakar.

Jadinya, macam aku cakap awal-awal tadi tu, bab penjagaan kesihatan lelaki ni bukan lagi sesuatu yang taboo kalau kena dengan caranya. Insya Allah dengan perkongsian dan tunjuk ajar, sama-sama kita jaga kesihatan kita ya para suami sekalian.

Oh..sempena bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, Suamisihat ada jugak buat giveaway percuma Ebook Suami Maulana. Perkongsian macam mana nak perbaiki Komunikasi Dalam Rumahtangga.

Jadinya, jangan malu untuk berbincang tentang penjagaan kesihatan lelaki tetapi biarlah kena dengan caranya. Kebahagian yang ada jangan musnahkan macam tu ja. Insya Allah, sama-sama kita bantu rakan-rakan yang lain. Dapatkan pandangan dari mereka yang lebih arif tentang sesuatu perkara dan jangan main sebat ja semua ubat. Dan ingat, penjagaan lelaki bukannya tentang ubat kuat lelaki semata-mata ya.

 

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Menjaga kesihatan memang penting baik lelaki mahupun wanita

    BalasPadam

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)