Pencuci Muka Tanah Liat Dari AzymaCare



Bila sebut pencuci muka ni, aku sekarang lebih fokuskan pencuci muka semulajadi. Bukan la nak kata aku ni pencinta alam semula jadi tapi aku rasa macam lagi puas hati. Dan bila aku tengok ramai kawan-kawan dok sebut pencuci muka dari Azyma Care, aku terus semangat nak cuba. Sebabnya, aku dah pernah cuba pakai sabun mandian dari Azyma Care sebelum ni dan aku sendiri puas hati. 

Macam sabun mandian sebelum ni, pencuci muka dari Azyma Care atau Azyma Care Clay Soap-Free Purifying Gel ni diperbuat daripada tanah liat kaolin sebagai bahan utama dan turut mengandungi Royal Jelly dan ekstrak propolis. 


Apa yang istimewa sangat tanah liat Kaolin ni?

Untuk pengetahuan korang, tanah liat Kaolin ni mempunyai sifat penyerapan semulajadi yang dapat mengurangkan minyak pada liang-liang kulit. 

Macam mana dengan Royal Jelly dan Bee Propolis pulak? Kenapa ada dua bahan ni dalam pencuci muka?


Untuk pengetahuan korang, kedua-dua bahan ni mempunyai agen anti-bacteria, meningkatkan keadaan kulit, menyembuhkan luka dan antibiotik semulajadi. Jadinya, semua bahan dalam Azyma Care Clay Soap-Free ni insya Allah membantu korang dalam mendapatkan kulit muka yang cantik dan sihat. 

Jangan risau, Azyma Care Clay Soap-Free ni sesuai untuk lelaki dan perempuan dan telah mendapat 'Hypoallergenic tested' bagi mereka yang berkulit sensitif. Maksudnya, semua jenis kulit sesuai untuk menggunakan produk terbaru dari Azyma Care ni. Selain tu, produk ni jugak bebas dari SLES, SLS, Paraben dan juga pewarna sintetik. 


Dengan produk terbaru Azyma Care ni, ianya dapat membantu untuk mendapatkan kulit muka yang lembab dan melembutkan kulit, kegatalan, masalah jerawat dan banyak lagi. 

Walaupun aku baru je pakai, tapi aku dapat rasa perbezaan pada kulit muka aku. Dah kurang masalah minyak di muka dan terasa lebih segar. Selain dari tanah liat Kaolin, Royal Jelly dan Bee Propolis, Azyma Care Clay Soap-Free ni juga ada juga Chamomile, Lavender, Cucumber dan Aloe Vera yang memang sangat sesuai dengan kulit. 


Jadinya, korang kalau nak dapatkan produk terbaru dari Azyma ni, boleh je beli secara online di laman web Azyma Care. 

Selamat mencuba. 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Lepas ni, pesakit ekzema atau penyakit kulit lain dah tak perlu risau lagi. Dengan terciptanya pencuci muka azyma ni, pastinya dapat membantu golongan tersebut.

    BalasPadam
  2. Akak dah masuk tiup ke dua dah. Memang best pencuci muka ni. Tak keringkan wajah kalau terlupa nak sapu pelembap.

    BalasPadam

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)