Lamanya Nak Menunggu


Lamanya Nak Menunggu | Dulu dok menunggu bila la nak dapat update dekat MySejahtera untuk penerima vaksin. Tapi Alhamdulillah rezeki bila kerajaan tawarkan sejuta vaksin Astrazeneca untuk siapa-siapa yang nak, dan aku antara salah seorang yang berjaya merebut peluang tu.

Alhamdulillah, suntikan pertama vaksin Astrazeneca dah buat masa hujung bulan 7 hari tu dan sekarang kena tunggu 9 minggu untuk vaksin yang kedua. Tempoh menunggu untuk vaksin Astrazeneca ni dipendekkan dari 12 minggu ke 9 minggu. Tapi tempoh menunggu tu terasa lama ooo...

Iya la, dok tengok orang lain dapat vaksin Pfizer, Sinovac kejap je tempoh menunggu. Lepas tu dengan pelbagai kelonggaran lain diberi untuk yang dah lengkap vaksin, jeles pulak aku.

Takpe la. Sabar je la menunggu kan. Bukan nak ke mana pun, tak sabar nak complete dose je, rasa yakin la sikit kan. Insya Allah. 

Catat Ulasan

0 Ulasan