Ingatkan tipu, tapi...



Ingatkan Tipu, Tapi... | Petang tadi saja la ajak Puan Isteri ke Quayside Mall kat Bandar Rimbayu. Saja jalan-jalan lepas pos barang. Cuci mata sekali.

Puan Isteri pun teringin nak makan buah tin lepas dok tengok video petik buah tin dari Youtuber yang aku cakap dalam entry sebelum ni. So aku rasa kat Jaya Grocer Quayside ni ada. Tapi kalau takda, takda rezeki la kan.

So bila dah sampai tu, Alhamdulillah ada buah tin segar ni. Aku kurang sikit dengan buah tin, tak kisah la yang segar atau yang kering. Memang aku tak minat.


Yang aku dok geram tengok, buah strawberry yang besar gedabak. Satu bekas tu cuma ada 9 biji je. Dan ya ampun, manis. Tak sama macam strawberry yang aku pernah makan. No wonder la Youtuber yang aku dok tengok tu cakap manis-manis buah strawberry ni. Iya la, sebab dah terbiasa dengan strawberry yang masam manis kan. Aku ingatkan untuk content Youtube ja.

Okay la dah merasa kan. Lepas ni dah tak teringin dah...

Catat Ulasan

0 Ulasan