Bercuti Masa PPN


Bercuti Masa PPN | Fuhh.. Sejak Selangor dan Kuala Lumpur beralih ke Fasa 2 PPN, kebanyakkan air terjun di kawasan Selangor ni, penuh la sampai viral. Viral sebab orang ramai dan viral sebab tinggal sampah. Dan first time aku tengok lampu isyarat depan kawasan perumahan aku ni sesak. Iya la, kawasan rumah aku ni banyak juga air terjun dan sungai di Gombak dan Ulu Yam.

Tadi pulak aku baca yang tiket kapal terbang ke Langkawi dapat sambutan hangat. Iya la, Langkawi kan diberi kelonggaran. Gelembung pelancongan ke Langkawi. Lebih kurang macam tu la. Bercuti ke Langkawi ni pun salah satu tempat yang aku nak pergi nanti dengan Puan Isteri, tapi bukan masa terdekat ni la. 

Aku takda masalah pun untuk dorang yang nak bercuti ke mana sekalipun. Iya la, berapa bulan asyik terperuk kat rumah ja. Faham je. Air terjun, Langkawi, sungai atau ke mana pun. Cumanya, harap kita dapat jaga SOP la. Kita masih belum menang. Walaupun dah divaksin, kita tetap kena berjaga-jaga. 

Korang pergi la bercuti dulu yang mana dah cukup syarat tu. Aku pergi masa korang dah habis bercuti. Jangan kacau masa tu. 


Catat Ulasan

0 Ulasan