6 Youtuber Pilihan



6 Youtuber Piliha  | Siapa ja yang tak layan Youtube kan? Tak kisah la tengok movie ke, dengar lagu ke atau tengok video-video best. Korang mesti ada Youtuber kegemaran korang.

Kalau aku, bila buka Youtube sekarang lebih tengok gaya hidup Youtuber dekat negara orang. Ramai dah yang dok buat video tentang aktiviti harian dorang kat luar negara. Dan ada yang buat duit dengan Youtube. Kalau aku, antara Youtuber pilihan aku yang aku selalu tengok kebanyakannya dari Indonesia.



Pasangan suami isteri yang banyak menetap di England. Dian Bara, wanita Indonesia yang menetap di London bersama suami, Daniel, warga England sering berkongsi tentang kehidupan dorang. Selalu berkongsi aktiviti panen (memetik) hasil tanaman dorang.



Wanita Indonesia yang berkahwin dengan lelaki German. Sekarang menetap di German dan dah beli rumah. Antara Youtuber Indonesia pertama yang aku tengok. Video lebih kepada memetik buah-buahan yang tumbuh liar di sekitar Jerman.



Siapa tak kenal dengan Fila dan Adama. Wanita Malaysia yang berkahwin dengan lelaki Guinea dan baru je pindah ke Guinea. Banyak berkongsi kehidupan seharian di Guinea.



Wanita Indonesia yang menetap di Italy. Video banyak berkisahkan tentang tanaman di sekitar rumah dan antara video yang pertama aku tengok, dorang kutip cendawan liar di hutan.



One and only yang tak berkaitan dengan kehidupan seharian. Yazik ni sorang penyanyi dan guru vokal. Aku suka tengok cara dia komen tentang persembahan live penyanyi-penyanyi seluruh dunia. Aku tengok bila dia react artis Malaysia ja.



Channel yang banyak memberi inspirasi kat aku. Dengan duit sumbangan daripada orang ramai menerusi Yayasan Maghfirah banyak membantu peniaga-peniaga kecil.

Kalau korang pulak macam mana?

Catat Ulasan

0 Ulasan