Ulangtahun Yang Ke-3



Ulangtahun Yang Ke-3 | Alhamdulillah, hari ni genap tahun ketiga perkahwinan aku. Nak cakap banyak pun, asyik benda yang sama ja kan tiap-tiap tahun. Hahaha...

Masih baru lagi perkahwinan kami. Tapi Alhamdulillah, masing-masing dah makin memahami antara satu sama lain. Bertikam lidah sesekali tu lumrah. Masih banyak yang perlu dipelajari.

Kalau dua tahun pertama, setiap kali ulangtahun perkahwinan kami, makan-makan dengan family. Tapi disebabkan dah duduk asing. Maka sambut berdua je la. Tapi tak ada buat apa pun. Puan Isteri pun sibuk siapkan order untuk NA Kitchen dan aku pun kat office.


Tapi balik kerja, aku singgah jugak Secret Recipe untuk cari kek sebab Puan Isteri suka makan kek. Surprise kononnya. Puan Isteri pulak buatkan brownies,surprise kononnya untuk aku. Hahaha.. Sudahnya, banyak kek kat rumah.

Doakan supaya kami kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta dipermudahkan urusan kami.

Amin... 

Catat Ulasan

0 Ulasan