Tengok Bumbung Pun Jadi La...


Tengok Bumbung Pun Jadi La | Buat pertama kali sejak aku merantau ni, 7 bulan aku tak balik kampung. Mungkin akan lebih lagi. Last aku balik kampung pun pertengahan bulan 12 hari tu. 

Dulu masa aku study kat Shah Alam, kurang-kurang dua bulan sekali aku akan balik kampung. Masa kat belajar kat UiTM Penang, tiap-tiap minggu balik kalau takda aktiviti apa. Masa kerja kat Ipoh, boleh kata setiap dua minggu sekali aku balik. Ataupun kalau ada assignment belah sana memang aku balik kampung.

Kalau company sebelum ni pulak, tiga bulan sekali aku balik kampung. Ataupun kalau kebetulan ada kerja kat Bukit Merah, memang aku lari kejap balik ke kampung. 

Tapi sekarang ni, entah la. Kalau kata tunggu 2nd dose baru boleh rentas negeri, kurang-kurang bulan 10 baru boleh balik sebab second dose aku hujung bulan 9. Sekarang ni yang boleh buat, tengok bumbung rumah je la nak lepas rindu kat kampung. Orang dulu cakap apa, kalau tak nampak orangnya, nampak bumbung rumah pun jadi la, Dengan mak abah, boleh telefon je la. Kalau video call, tunggu kakak atau anak buah aku ada kat rumah mak abah. 

Nasib badan la. Berkorban. Sebab ada benda yang kita tak nampak yang boleh bahayakan orang yang kita sayang. Insya Allah, semoga pengorbanan ni berbaloi untuk kita yang ikut SOP ni... 


Catat Ulasan

0 Ulasan