Siapa Yang Layak Jadi PM?


Siapa Yang Layak Jadi PM? Sejak dua tiga hari ni, isu PM diminta dan disuruh letak jawatan. Isu ni pun dah mula berbunyi aku rasa dalam sebulan dua ni. Tapi sejak dua tiga hari ni, lepas pengumuman tu, makin rancak. Dan mungkin esok ada pengumuman baru?

Kalau tanya aku, siapa yang layak jadi PM Malaysia sekarang ni? Entah la, aku pun takda jawapan untuk tu. Bagi aku, siapa yang pegang jawatan Perdana Menteri Malaysia dalam waktu sekarang, siap sedia dengan segala kemungkinan. Kalau bagus, rakyat akan puji melambung, tapi kalau sebaliknya, jadi la macam sekarang. Rakyat tengah susah, jadi setiap tingkah laku, keputusan yang dibuat, memang kena berhati-hati. Ibarat tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak.

Sejujurnya, aku tak kisah siapa yang naik jadi Perdana Menteri dan Kabinet, yang penting, tahu macam mana nak jaga rakyat. Rakyat tengah susah, jadi jangan susahkan lagi. Cukup la dekat 8 bulan berkurung ni. 

Apa pun, aku cuma doakan yang terbaik untuk Malaysia. Insya Allah. 

Catat Ulasan

0 Ulasan