Restock Barang Dapur


Restock Barang Dapur | Sebulan sekali, tiap kali dapat gaji mesti aku dan Puan Isteri pergi restock barang dapur. Kadang lewat sikit beli barang dapur tu sebab nak habiskan apa yang ada, atau kadang-kadang ada hari kami beli je. So, tak menentu hari beli barang dapur tu.

Lokasi, tengok tempat jugak. Tapi selalunya Lotus je la. Sebab murah sikit. Tapi, memang tak lama. Cepat-cepat beli dan cabut. Pergi pun masa hari kerja, waktu aku work from home atau lepas aku balik kerja. Sebabnya tak nak ramai orang. 

Walaupun rumah aku dekat je dengan Pasar Borong Selayang, rasanya tak pernah lagi beli barang dapur banyak-banyak kat sana. Setakat topup sikit-sikit je. 

Kalau barang frozen, kami selalu ke Sri Ternak je. Untuk beli udang, sotong dan daging frozen. Sebabnya lagi murah berbanding tempat lain. 


Balik je, barang-barang tu Puan Isteri la yang mengemas barang-barang tu. Aku tukang angkat dan susun sikit-sikit je. Portion pulak, memang letak dalam bekas macam tu, senang. Satu bekas untuk sekali masak. Kadang bawa sampai ke malam. 

Barang yang restock ni, selalunya bertahan dalam tiga minggu. Kalau kami nak makan ikan, baru pergi beli. Sebabnya kalau ikan, simpan lama-lama, hilang manis ikan tu. Sama jugak dengan sayur hijau, selalu beli yang tahan lama macam carrot dan kobis je. Sayur lain beli bila nak makan. 



Catat Ulasan

0 Ulasan