Puisi Merdeka : Satu Matlamat


Merdeka
Bukan sekadar laungan keramat
Bebas hasil dari titisan keringat
Darah mengalir bagai tiada penamat
Semuanya demi satu matlamat.

Meski berbeza luaran,
Dalaman kita masih sama
Sayang meski berbeza warna
Hormat meski berbeza agama
Kasih meski berbeza bahasa
Itulah Malaysia tercinta

Rintangan dilalui bersama
Jatuh bangun itu biasa
Asal jangan berputus asa
Luahkan kasih pada negara

Pertiwi ini bukan untuk kita
Tapi milim anak cucu negara bangsa
Wariskan keamanan keharmonian untuk mereka
Agar negara terus terpelihara.

Catat Ulasan

0 Ulasan