Nak Mata Yang Sihat? Segera Ke Optom Eyecare

 


Bila seharian bekerja menghadap laptop dan sesekali menghadap telefon, mata akan jadi letih. Dan pastinya aktiviti macam ni tak berapa sihat terutama sekali untuk mata. Tapi apakan daya, itu sumber pendapatan dan hiburan kita. Tambah lagi time PKP dan PPN ni, itu je la yang ada kan. 

Tapi, jangan dibiarkan terlalu lama sampai kita abaikan kesihatan mata kita. Macam aku pernah share sebelum ni, first time aku buat pemeriksaan mata secara terperinci dekat Optom Eyecare Bangi. Bukan aku je yang buat pemeriksaan mata, tapi sekali dengan Puan Isteri pun buat sekali. Alhamdulillah, mata kami masih okay. Cumanya bila dah lama-lama sekali, terasa takut jugak. 

Tambah macam aku dah pakai cermin mata ni sejak dari tingkatan 2, jadinya risau jugak bila dah lama pakai cermin mata lama ni, ada kesan ke?Alhamdulillah masih okay. Staff Optom Eyecare pun ada bagi khidmat nasihat sikit. 

Untuk yang ada anak kecik atau yang bersekolah, sekarang ni kan terpaksa belajar secara dalam talian atau PDPR, jadinya memang mata lagi tertumpu kepada gadjet. Aku cadangkan agar korang bawak anak-anak buat pemeriksaan mata. 

'Ala, pergi check dekat kedai cermin mata biasa sudah. Jauh sangat nak ke Bangi tu'

Macam aku terangkan dalam entry aku sebelum ni, lepas ni kalau aku nak buat pemeriksaan mata, aku rasa aku akan ke Optom Eyecare je. Bukan aku je, tapi aku nak cadangkan dekat family terdekat aku yang dekat area KL dan Selangor ni ke Optom Eyecare Bangi. Sebabnya servis yang diberikan sangat menyakinkan dan profesional. Bukan setakat check berapa power mata, tapi dengan keadaan dalam dan luar mata sekali dia check. 

Dari segi bayaran pulak, aku tak pasti kalau harga pemeriksaan mata di hospital swasta berapa, tapi kalau di Optom Eyecare ni, aku yakin masih mampu dibayar dan berpatutan.

Selain dari pemeriksaan mata secara terperinci, kakitangan Optom Eyecare jugak akan terangkan permasalahan yang ada berkaitan mata korang dan juga cadangan. Korang jugak boleh buat cermin mata kat sini. Bukan setakat design sedia ada, tapi jugak kalau korang ada design korang sendiri, pun boleh buat kat sini. 



Pilihan cermin mata pun banyak kalau korang kena buat cermin mata. Sesuai dengan harga dan banyak pilihan untuk kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. 

So apa lagi, boleh la korang bawak pasangan, parents atau anak-anak ke sini untuk buat pemeriksaan mata. 

OPTOM Eyecare
Alamat : No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor (Berdekatan Marrybrown)
Waktu Operasi : 9.00 am - 8.00pm (Setiap Hari)



Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. InsyaAllah ada rezeki nak bawak MakPak periksa mata kat sini

    BalasPadam

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)