Hadiah Merdeka 2021

HADIAH MERDEKA 2021 | Sebelum ni, aku duk tunggu hari je bateri kereta aku habis. Tapi tak sangka pulak kena ngam hari Merdeka 2021. Last aku tukar 4 Julai 2019. Kiranya lama jugak la bateri ni bertahan. Dua tahun 1 bulan.

Itu pun kebetulan sebab aku dan Puan Isteri nak ke Lotus untuk beli barang dapur sikit. Kononnya keluar awal sebab tak nak orang ramai kat Lotus. Tapi sudahnya, dekat 40 minit jugak tunggu dalam kereta.

Puan Isteri laju je cari dekat Facebook dan tugas aku call je. Nasib baik boleh hantar on the spot. Sudahnya, tunggu je la dalam kereta sampai orang tu sampai dan tukarkan bateri. 

Berapa lama bateri kereta tahan? Kalau ikut pengalaman aku, 18 bulan hingga ke dua tahun. Sepanjang aku pakai kereta dari 2017, ni kali kedua aku tukar bateri. Jadinya memang dua tahun sekali bateri kereta kena tukar. Mungkin tengok pada penggunaan dan juga brand. Macam aku, aku dah pakai Amaron dan buat masa ni, aku berpuas hati. 

Catat Ulasan

0 Ulasan