Dato' Seri Ismail Sabri, Perdana Menteri Malaysia Ke-9



Dato' Seri Ismail Sabri, Perdana Menteri Malaysia Ke-9 | Hampir seminggu berteka teki siapa yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-9, akhirnya hari ni terjawab jugak.

Kalau tengok dekat sosial media, ada yang setuju, ada yang tak setuju. Kalau aku, asalkan rakyat terbela, tu dah cukup. Dengan keadaan sekarang ni, nak memilih siapa yang betul-betul layak, aku tak tahu macam mana. Nak pilih A rasa macam tak boleh, nak pilih B pun macam tak kena. Rakyat? Macam tu jugak.

Cumanya, kita boleh doakan yang terbaik je la. Kalau takda kerajaan yang stabil pun susah jugak kan? Harapnya kekal lama la jugak sampai PRU. Jangan sekejap sudah la.

Kepada Dato Seri Ismail Sabri, jalankan tanggungjawab Dato' Seri dengan sebaik mungkin. Memimpin sesebuah negara dengan keadaan pandemik seperti sekarang ni, amat sukar. Rakyat dan ekonomi sama penting. Seimbangkan. Seandainya semua berjalan lancar, tak mustahil lepas PRU pun Dato' Seri akan terus memimpin negara. Insya Allah. 

Catat Ulasan

0 Ulasan