Covid19 dan Vaksin Cuma Tipu?



Covid19 dan Vaksin Cuma Tipu? | Bila bukak sosial media, masih ada lagi yang tak yakin dengan vaksin dan percaya Covid19 ni cuma satu penipuan. Tarik nafas panjang bila aku baca ni.

Walaupun dah ada orang yang sekeliling dan kenal, dah kena Covid19 ni, masih jugak tak percaya. Katanya ni cuma satu penipuan.

Tak cukup ke berita dan cerita berapa ramai dah yang kena Covid19 ni sampai ada yang hilang nyawa? Masih tak percaya? Berjuta rakyat Malaysia yang dah dijangkiti dan berbelas ribu nyawa hilang disebabkan wabak ni, masih jugak kata ianya satu penipuan. Allahu Akbar.

Bab vaksin pulak, sampai aku speechless. Dari dulu, bahkan dari sekolah kita dah di cucuk vaksin, elok je. Time Covid19 ni pulak, katanya kita akan jadi zombie lagi 30 tahun. Eih ada yang kata lagi 2 tahun orang yang cucuk vaksin ni akan mati. Aduhh, tepuk dahi.

Bagi aku, untuk vaksin ni, kita cuma ikhtiar. Kalau terjangkit Covid19 ni pun, insya Allah cuma simptom ringan atau tanpa simptom. Cumanya kalau dah ajal, tak boleh kata apa la. Tapi sekurangnya kita sendiri dah ikhtiar.

Bab Covid19, aku masih tak tahu kenapa masih ramai tak percaya. Orang sekeliling makin ramai dengan kita. Covid19 makin dekat dengan kita dan tak mustahil, kita kena hidup bersama dengan Covid19 ni. Walaupun ada yang kata Covid19 ni ciptaan dari makmal, tapi, ianya dah tersebar dan jutaan manusia dah kehilangan nyawa. Masih tak sedar lagi? Masih tak percaya.

Entah la labu.. 

Catat Ulasan

0 Ulasan